Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Kelapan

Hari Kelapan. 12hb Jun 2010, Sabtu

Hari terakhir tour, mesti sampai ke rumah hari ni. Esok nak rehat sebelum kembali bekerja pada hari Isnin.

Hari ni kami mulakan perjalanan lewat sedikit daripada biasa, jam 10am, maybe tak perlu singgah banyak tempat tapi jalan je yang pasti agak sesak, so kena lebih alert. Breakfast pun kat hotel je.


Beli belacan jap kat area Telok Mas, Melaka

Dari Batu Pahat, kami terus ke Muar dan Melaka. Sempat singgah di pekan Merlimau, beli kuih, 5 seringgit, besar dan sedap, kalau di KL boleh jual 50 satu dan kalau di KLCC boleh la letak seringgit 1 (tidak termasuk GST). Lepas tu singgah pula di Bazar Telok Mas, beli belacan.

Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka (betul ke nama pulau tu?!)


Kami menggunakan Laluan 5 untuk masuk ke Bandar Melaka dan oleh kerana hari ini hari Sabtu, terpaksalah berhadapan dengan kesesakan. Sampai di Bandar Melaka jam 1pm, terus ke Masjid Pulau Melaka untuk bergambar sebelum ke naik Menara Taming Sari. Kali terakhir datang Melaka Menara ni belum ada lagi dan Eye of Malaysia masih di Taman Tasik Titiwangsa. Banyak yang dah berubah. Tempat-tempat lain kami tak pergi, kalau nak pergi semua tempat rasanya besok pun tak boleh balik rumah lagi. Nak lengkapkan tour, kami susuri Jonker Walk sebelum terus memandu ke utara.

Kekalkan pemanduan di Laluan 5 melalui Tanjung Kling sebelum membelok ke Laluan M143 dan 142 ke Banjung Bidara dan Kuala Linggi untuk ke Port Dickson. Dari PD kami ikut Laluan No 5 untuk ke Bagan Lalang, Batu Laut, Morib dan Banting sebelum singgah di rumah emak di Telok Panglima Garang lebih kurang jam 4pm. Bertandang sekejap je, bagi sourvernir dan minum petang.

Jam 6pm sambung lagi tour. Terus ke Andalas sebelum menyimpang masuk ke Persiaran Raja Muda Musa untuk ke Pelabuhan Kelang. Masuk ke Jalan Pelabuhan kelang Utara (Laluan 2) dan patah balik melalui Lebuhraya Selat Kelang (Laluan 20). Kemudian masuk ke Jalan Kapar menghala utara ke Kapar dan Bukit Rotan, belok kanan ke Ijok dan Terus balik ke rumah.

Sampai di rumah lebih kurang jam 11pm dengan hari ini sahaja aku drive sejauh 408km.

Sampai rumah dah.... 2729km total perjalanan selama 8 hari, 7 malam, 11 negeri


Alhamdulillah, lengkap dah report Tour Semenanjung aku.

Keseluruhan tour ini mengambil jarak perjalanan sejauh 2728.8km dengan kos petrol berjumlah RM350.00 dengan 6 kali isian. Memang berbaloi dimana secara purata, setiap liter menyumbang perjalanan sejauh 14km atau kami membayar RM0.13/km (Harga semasa petrol ialah RM1.80/liter). Bajet petrol sebenar adalah RM500/-.

Kos penginapan pula mencecah RM900.00 di mana melebihi bajet asal iaitu purata RM100/- sehari. Paling besar adalah kos makan minum, biasa la, breakfast, lunch, minum petang dan dinner, semua cari kedai makan.


Kalau tak cukup dengan story aku ni, boleh continue dengan foto-foto, check photo album aku. Wassalam.

No comments: