Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Kedua

Hari Kedua. 6hb Jun 2010, Ahad


Check out hotel seawal 9 pagi. Breakfast sekadar termampu mencari port, layan roti canai dan teh tarik di pekan Parit Buntar je. Target hari ini ialah Perlis Indera Kayangan atau lebih tepat Kangar.


Mula-mula ikut Laluan 1 menuju Pulau Pinang. Melalui Nibong Tebal, Sungai Jawi, Juru dan terus ke arah Jalan Chain Ferry. Jalan ni popular kepada pendengar Sinar FM, pagi-pagi mesti ada info jalan ni jem. Kami tak masuk ke Pulau Pinang kerana kalau nak pusing pulau tu maybe akan makan masa ½ hari, sure tak sampai Kangar petang ni. So kami menyusur Jalan Chain Ferry sampai tersesat ke jalan mati di bawah Lingkaran Luar Butterworth. Terpaksa la buka Google Map untuk cari laluan ke utara. Kami ikut Laluan No 1 sehingga ke Sungai Petani. Terpaksa abaikan Kota Kuala Muda kerana perlu untuk patah balik. Dari Sungai Petani aku drive menuju Lembah Bujang. Hajat hati memang nak singgah di Muzium Arkeologi Lembah Bujang.


Candi Pandiat, Lembah Bujang

Dari Sungai Petani ni perjalanan memang menarik, lalu kawasan sawah padi dengan Gunung Jerai sebagai latar belakang. Aku bagi peluang pada kat wife dan along ambik gambar dari dalam kereta. Malas nak berhenti sebab kalau berhenti sekarang, maybe kat depan dapat view yang lagi cantik. Asyik berhenti je nanti, bila nak sampai, kan?!


Sebelum tiba di Lembah Bujang, kami singgah makan tengahari dulu di kedai makan berdekatan Sungai Tupah. Jam dah pukul 1.15pm. Non-stop pagi ni, lapar. Tadi ada selisih dengan gerai durian, dengar khabar musim durian baru bermula kat area sini. Lepas makan terus ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Alang-alang sampai jom kita pergi ambil gambar semua candi yang ada, terpaksa la mendaki bukit.

1 jam la jugak berjalan-jalan di sana, sempat juga masuk ke muzium selain sesi fotografi wajib di bekas candi. Budak-budak enjoy jalan-jalan kat sini. Turun dari Lembah Bujang, kami menuju ke Tanjung Dawai. Memandangkan kami melalui kawasan durian, singgah le sekejap pekena durian dan cendol. Then proceed ke Tanjung Dawai. Sambil memandu ke sana, aku pun karaoke la lagu ‘rasmi’ negeri Kedah, Cinta Pantai Merdeka, nasib baik tak hujan.

Tanjung Dawai, Kedah


Apa yang ada kat Tanjung Dawai ni?! Nampak sama je macam pantai di Pulau Carey, Kuala Linggi dan PD. Ombak memang kuat, sampai menghakis pantai, harap-harap tak jadi seperti sesetengah pantai yang teruk terhakis. Tapi kat hujung belah selatan nampak seperti ada resort. Rupanya tu Resort Pantai Merdeka, sayang tak dapat ke sana, untuk ke sana bermakna kami kena patah balik ke selatan pusing Kuala Sungai Merbok sejauh 60km dan mengambil masa 1 jam!!! Memandangkan memang dari awal aku elak dari memasuki Kual Muda, kira frust jugak la. Bukan setakat Pantai Merdeka, kat situ juga ada satu projek pondok polis yang office aku buat dan kawasan terkena tsunami 2006 dulu.


Selepas bergambar di Tanjung Dawai, kami berpatah balik untuk ke utara, ke arah Yan. Sepanjang perjalanan, view Gunung Jerai memang cantik. Rezeki kami kerana dapat tengok beberapa air terjun sementara yang terbentuk di gunung tu, kerana malam tadi hujan lebat. Kami melalui Yan dan terus ke Kuala Kedah. Jalan agak lengang kerana kebanyakan laluan yang dipilih adalah Jalan Negeri, so relaks la sikit.

Kota Kuala Kedah


Sampai di Kuala Kedah jam dah pukul 4.30 petang. Baru lepas hujan. Berjalan-jalan sekejap sambil bergambar di Kota Kuala Kedah . Selepas 20 minit, sambung lagi tour, ikut Laluan K143, jalan kecil je ni, kemudian masuk ke jalan utama Kangar-Alor Setar. Tanpa menyimpang ke Kuala Perlis, kami terus mengikut Laluan 7 ke Kangar.

Kota Kuala Kedah


Kangar ni walaupun kecil, tapi nak cari hotel punyalah bermasalah bagi aku yang baru kali kedua sampai ke sini. Seorang adik aku pernah bertugas di Hospital Kangar dan seorang lagi pernah belajar di Unimap (masa guna nama KUKUM lagi), tapi aku susah betul nak sampai ke Perlis ni, jauh sangat ataupun terlajak terus ke Kuala Perlis, naik feri ke Langkawi je. Punya la tak ada signboard (atau memang aku yang tak nampak), sampai terlajak ke Jalan Kaki Bukit mencari bajet hotel.


Alhamdulillah, akhirnya dapat check in di Hotel Kangar. Rumah kedai je tapi selesa la. Malam tu kami makan KFC je sebab tak larat nak merayau.


Hari ini kami cover 248km dengan merentasi Pulau Pinang dan Kedah.

No comments: