Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Kelima

Hari Kelima. 9hb Jun 2010, Rabu

Pagi ini kami bersiap awal. Breakfast ada dalam pakej menginap, jadi turun awal dan boleh jalan-jalan ke pantai sebelum check-out. Masa breakfast anak-anak aku mula la merengek nak mandi swimming pool, sebelah meja makan je. Kami buat bodoh je la, kalau turun kolam mau 2 jam. Untuk pujuk diorang, kami jalan-jalan ke pantai. Macam-macam beach game ada di resort ni, memang menarik (promo....).

Ni yang geram ni

Seperti biasa, jam 9am kami check-out. Hari ini dan seterusnya adalah mudah kerana selepas Kuala Terengganu memang dah biasa lalu, walaupun tidak kerap. Perjalanan pun selesa, melalui jalan pantai yang kurang kenderaan. Jam 10am dah sampai Kuala Terengganu, itu pun lewat sebab masuk Seberang Takir.

Tak nak beli telur penyu ke?!

Pembantu kedai baru, memang habis la kedai tu...

View dari roof top parking Pasar Payang, nyaris tak koyak tayar aku naik ramp dia


Apa lagi nak dicari di KT ni kalau bukan Pasar Payang. Itu wajib!!! Kali ni aku masuk TLK bertingkat, nyaris tak pecah tayar layan ramp. Gara-gara petak penuh. Alang-alang sampai aku naik terus ke tingkat atas sekali. Kali pertama ambil gambar permandangan Kuala Sungai Terengganu dari atas bangunan (pelik sangat ke?!). Shopping sourvenir dan jajan. Jam 11am sambung drive, keluar dari Pasar Payang dan Kuala Terengganu.

Masjid Terapung


Jam 11am kami T5 di Masjid Terapung, port wajib bergambar dan belum pernah masuk solat di dalam. 30 minit di sana dan kami teruskan perjalanan mengikut Laluan 3. Singgah di Kampung Jambu Bongkok membeli baulu. Jam baru pukul 12.13pm, masih awal untuk lunch.


Meriahnya...


Hajat hati nak singgah Paka untuk makan tengahari, tapi masa sibuk di kawasan pekan tu ternampak pula kemalangan, sampai terlepas port makan yang disyorkan oleh Bro Azeef. Takkan nak patah balik?! Rupa-rupanya ada hikmah juga, sebelum tiba di Kerteh kami berselisih dengan Bro WSG sekeluarga yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Sempat bagi hi beam dan call dia. Berkat stiker sarjan pada bonet depan dia, senang nak tangkap. Masing-masing buat u-turn dan berhenti di kedai makan, pekena kopi Sawda dan sotong goreng tepung.

Lepas puas bersembang, kami sambung perjalanan mengikut Laluan 3 manakala bro WSG ke Kelantan. Drive ikut trafik je ke Kuantan, dah tak ada check point untuk aku berhenti. Melintas Kijal, Chukai, Cherating, Balok dan Kuantan sebelum berhenti makan di Telok Chempedak lebih kurang jam 4pm. Sempat juga ambil gambar dan beli layang-layang.

Jam 5pm, sedang bersiap untuk ke destinasi seterusnya, Bro Azeef call, dia di Zoo Teruntum. Sempat la berjumpa dengan orang kuat Livep Pantai Timur ni, dia bawa baby jalan-jalan.

Jumpa lagi sorang kawan kat Zoo Teruntum

½ Jam bersembang, sambung lagi tour, pastinya mesti melintasi Pekan dan kalau boleh sampai ke Rompin. Ikut jalan Tanjung Lumpur (Laluan 183) dan scale semua jalan yang paling hampir dengan pantai seperti Cheruk Paloh dan Kampung Tanjung Selangor sebelum tiba di Pekan. Tiba di Pekan jam 6.10pm, isi minyak dan masa membuat keputusan, ada saja chalet di hadapan, kami check-in.

Hampir 40 minit memandu, kami sampai ke Angullia Beach House Resort, berhampiran Kampung Tering. Layan!!! Kalau terus memandu khuatir tak ada penginapan pulak. Check-in resort dan alamak!!! elektrik pula tak ada. Sedang dibaiki. 2½ jam bergelap.

Sedang bersedia menikmati juadah makan malam yang diorder dari tuan rumah, elektrik ada. Terus on aircond dan semua lampu. TV pun baru dihantar tetapi tanpa aerial. Tak apa, aku layan video je. Seksa juga duduk chalet macam ni. Sambil tu, seperti biasa, perlu charge handphone, bateri kamera, transfer foto dan tak lupa, update facebook.

Selepas Pekan, Pahang, hari dah nak malam, terjumpa Angullia Beach House Resort, tepi jalan je tapi very peaceful dan... kami the only guest that day


Hari ini menempuh 349km dengan keadaan pemanduan yang bercampur, sesak apabila menghampiri Kuala Terengganu dan Kuantan tetapi relaks dengan kelajuan 50km/j meninggalkan Kuantan.

No comments: