Wednesday, May 15, 2013

Day Trip?!

Jalan-jalan cari pengalaman. Day trip je? Ke mana mampu kita jangkau?! Kalau dari Lembah Kelang ni....

Cameron Highlands - makan strawberi, minum teh di Boh Tea House atau Bharat Tea House, beli sayur segar di Kg Raja dan madu di KHM Taman Sedia,

Mandi manda di Lost World of Tambun

JB?! Legoland?!

atau mungkin ke Muzium Sg Lembing. InsyaAllah.... next target

Saturday, December 03, 2011

Rentas Semenanjung

Alhamdulillah, 24hb hingga 26hb Nov 2011 yang lepas, walaupun terdapat kegusaran tentang banjir, tetap berjaya dengan program Rentas Semenanjung, dari Simpang Pulai ke Kuala Terengganu, melalui Cameron Highlands - Gua Musang - Felda Aring - Tasik kenyir - Kuala Berang.

Overall, memang teruja dan walaupun teramat risau, dengan hujan, banjir, jalan rosak, tanah runtuh, jalan putus dan macam-macam lagi.


24hb Nov. - Rawang ke Cameron Highlands

First time lepak Cameron Highlands dengan menginap di chalet, di Kampung Sedia. Chaletnya tak ada la best sangat, tapi kalau datang dalam 1 group yang besar, mesti meriah, ada open area dengan meja makan, tempat membasuh dan memasak dan paling best, ada tempat bbq, dijamin halal.

Sampai di CH dalam cuaca yang sejuk kerana musim hujan, memang di Terengganu, Kelantan

dan yang ini mesti tak percaya punya, Melaka, di beberapa kawasan sedang dinaiki air. Dalam kepala ni memang tengah fikir untuk detour kalau tak boleh masuk Felda Aring atau sampai ke Kuala terengganu.
Oleh kerana kami sampai awal, terpaksa jalan-jalan dulu kerana chalet belum ready, so ke KHM layan strawberi coklat.

Macam biasa, kat sini mula-mula sekali tuju strawberi coklat di KHM Kampung Sedia


25hb Nov. - Cameron Highlands ke Taman Negara Kuala Koh

Kali kedua aku nak redah jalan Kampung Raja ke Gua Musang, tapi sebelum ni lalu waktu malam. Subhanallah, memang menarik view kat sini kecuali di Lojing y
ang teruk kena tarah untuk pertanian. Sepanjang jalan memang 'menembak' saja.


Sampai di Gua Musang, rehat sekejap di R&R Gua Musang, ambik nafas sikit. Langit dah mula mendung. Aku pun jengah-jengah juga laman web infobanjir, mana tahu ada berita terkini, Alhamdulillah, masih boleh diteruskan.


Dari Gua Musang kami sambung perjalanan ke Felda Chiku. Langit semakin mendung. Sampai je di kawasan Felda Chiku, hujan turun dengan lebat (atau kami memasuki kawasan hujan sebenarnya). Masih boleh senyum lagi sebab Felda Aring di sebelah kanan, dan masih boleh melihat awan di atas sana.

Sampai di simpang Felda Aring, terpaksa lajak sikit ke hadapan dan u-turn, sebab ada kerja penurapan jalan, halangan atau dugaan? kecil je ni.... bukan petanda tak elok.

Jalan kat Felda Aring memang ngeri sikit, mula-mula tu standard jalan luar bandar (memang la) tapi bila sampai kat kawasan jalan rosak, memang tak pasti boleh lepas ke tidak, air bertakung hingga hampir tak boleh cilok, dalam potholes tu pulak bukannya aku tau. Terpaksa redah ikut instinct je la. Kawasan rosak yang berlopak tu tak panjang, tapi habis melinta
ng jalan, tak ada pilihan, kena redah, tayar mesti masuk lopak yang tak diketahui berapa dalam. Jangan sangkut kereta sudah!!!

Ada jugak jalan yang tar dah habis dihanyutkan air yang melintas jalan. Entah mana la longkangnya. Panjang juga rosaknya, hampir 100m mendaki.

Sampai di kawasan rosak yang ke
tiga, tengah m,enggelupur memulas stering, mengelak potholes, tetiba tengok kat side mirror, dah ada sebuah treler cucuk belakang, menyirap darah kejap... hampeh punya treler.

Kurang 1km, aku potong semula treler tu, dia berhenti sebelum mendaki bukit yang paling tinggi. Sebuah treler lain sedang meneran mendaki bukit, aku pun tekan la pedal minyak, potong sambil mendaki. Lepas tu laluan cvantik, baru berturap sehingga ke simpang Taman Negara Kuala Koh.

Masuk ke taman negara ni pun ngeri juga, ada jalan yang runtuh tinggal selorong, jalan memang macam ular la, nasib baik tak banyak kenderaan yang lalu.

Sampai Taman Negara Kuala Koh, pegawai Perhilitan pulak cakap, kalau banjir kat sini, orang luar tak boleh masuk dan orang kat sini tak boleh keluar sebab jalan ditengelami air, telan air liur je la sambil berdoa hujan tak turun.




Rezeki kami petang tu, cuaca memang menyebelahi kami, bertemankan pacat-pacat yang kelaparan, kami dapat explore sekitar kawasan penginapan Taman Negara.
Menaiki jambatan gantung menyeberangi
Sungai Lebir dan meniti canopy walk, lebih 100m dengan jarak terpanjang antara pokok lebih kurang 40m.

Bekalan elektrik daripada generator yang bekerja 24 jam dan air daripada sungai. Paling menarik, ada 3G, boleh online.

Makan malam? tempah awal-awal dari cafe yang ada (cafe ni memang dibuka, paling tidak untuk staff) dan hidang di chalet je.





26hb Nov. - Taman Negara Kuala Koh ke Marang

Dari Felda Aring ke Tasik Kenyir lalu jalan yang belum gazet, jalan teramat cantik, boleh besit over limit, tapi kena hati2, sinkhole di tengah jalan, tanah runtuh dan selepas masuk sempadan Terengganu, terjumpa najis gajah
di tepi jalan.

Stop sekejap di Elephant Sanctuary Sungai Ketiar. Berkenalan dengan Suria dan kawan-kawan. Sebuah pusat konservasi gajah selain daripada Kuala Gandah. Lebih kecil tetapi mempunyai peranan yang besar kerana di sini terdapat lebuhraya gajah yang migrate dari utara (hutan Belum) ke selatan (Taman Negara Tahan)


Cadang nak makan tengahari di Pengkalan Gawi tapi bila sampai sana apa pun tak ada, untuk lunch belum siap. Jadi, terpaksalah terus ke Kuala Berang. Sampai di Kampung Kuala Jeneris, kami berhenti makan tengahari.

Sepanjang jalan dari Kuala Jeneris ke Kuala Berang boleh nampak kesan banjir, air sungai pun belum surut lagi. Minta-minta janganlah hujan.











Dari Kuala Berang terus ke Kuala Terengganu. Terus naik ke Pasar Payang, membeli belah. Sebelum beredar, sempat juga menonton 2, 3 lap Monsoon Cup sambil mencuri beberapa snap dari lensa telefoto.









Badan dah penat, terus drive ke Kampung Rhu Muda, check-in di Angullia Beach House Resort. Bestnya dapat layan chalet tepi pantai ni, angin kuat, tapi kereta kena sorok sikit, berkarat nanti, dah la chalet tu kurang 100m dari gigi pantai.








Lengkap sudah perjalanan merentasi semenanjung, 1 kereta, 7 sekeluarga, 4 hari, 5 negeri, 580km dan paling best, pengalaman yang tidak kerkira.

Ke mana pulak kita selepas ini.



Wednesday, November 23, 2011

Rentas Semenanjung - preparation

Hmm.... dengan musim hujan dan air naik di sana sini, harap-harap kami berjaya dengan misi kali ini.

Semua persediaan telah dibuat, pagi nanti load barang dalam kereta dan InsyaAllah, jam 8am, tayar golek. Destinasi pertama adalah Cameron Highlands.


Monday, November 07, 2011

Rentas Semenanjung

Di mana tu?! Ikut jalan mana?! Apa yang ada di situ?!


Ni laluannya.


Cadangan Laluan


Rancangannya.....


Hari pertama.


Dari rumah kita pergi ke Cameron Highlands. Menginap di Villa Dahlia.


Hari kedua.


Cameron Highlands ke Taman Negara Kuala Koh. Menginap di chalet taman negara.


Harap-harap boleh sampai awal agar dapat menjelajah sekitar kawasan taman negara.


Apa yang boleh dibuat di Taman Negara Kuala Koh?! Merentas denai hutan dan menaiki jambatan gantung, canopy walkway dan kalau berkesempatan memerhati binatang liar dari bumbun atau mungkin berpeluang melihat bunga rafflesia.






















Taman Negara Kuala Koh


Hari Ketiga.

Felda Aring ke Kuala Terengganu. Perlu keluar awal pagi kerana perlu melalui jalan Felda Aring yang tidak diselenggara dengan sempurna. Cadangnya untuk singgah di Elephant Sanctuary Kuala Ketiar, sebelum tiba di Tasik Kenyir. Masih berkira-kira laluan yang akan digunakan untuk ke Kuala Terengganu. Dari Kuala Terengganu, perjalanan akan diteruskan ke Marang. Kali ni kita lepak di Marang.


Hari keempat.


Balik.... ikut jalan biasa, turun ke Kuantan, ikut LPT dan sampai rumah. Kalau tak larat, singgah di mana-mana bandar untuk bermalam

Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Kelapan

Hari Kelapan. 12hb Jun 2010, Sabtu

Hari terakhir tour, mesti sampai ke rumah hari ni. Esok nak rehat sebelum kembali bekerja pada hari Isnin.

Hari ni kami mulakan perjalanan lewat sedikit daripada biasa, jam 10am, maybe tak perlu singgah banyak tempat tapi jalan je yang pasti agak sesak, so kena lebih alert. Breakfast pun kat hotel je.


Beli belacan jap kat area Telok Mas, Melaka

Dari Batu Pahat, kami terus ke Muar dan Melaka. Sempat singgah di pekan Merlimau, beli kuih, 5 seringgit, besar dan sedap, kalau di KL boleh jual 50 satu dan kalau di KLCC boleh la letak seringgit 1 (tidak termasuk GST). Lepas tu singgah pula di Bazar Telok Mas, beli belacan.

Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka (betul ke nama pulau tu?!)


Kami menggunakan Laluan 5 untuk masuk ke Bandar Melaka dan oleh kerana hari ini hari Sabtu, terpaksalah berhadapan dengan kesesakan. Sampai di Bandar Melaka jam 1pm, terus ke Masjid Pulau Melaka untuk bergambar sebelum ke naik Menara Taming Sari. Kali terakhir datang Melaka Menara ni belum ada lagi dan Eye of Malaysia masih di Taman Tasik Titiwangsa. Banyak yang dah berubah. Tempat-tempat lain kami tak pergi, kalau nak pergi semua tempat rasanya besok pun tak boleh balik rumah lagi. Nak lengkapkan tour, kami susuri Jonker Walk sebelum terus memandu ke utara.

Kekalkan pemanduan di Laluan 5 melalui Tanjung Kling sebelum membelok ke Laluan M143 dan 142 ke Banjung Bidara dan Kuala Linggi untuk ke Port Dickson. Dari PD kami ikut Laluan No 5 untuk ke Bagan Lalang, Batu Laut, Morib dan Banting sebelum singgah di rumah emak di Telok Panglima Garang lebih kurang jam 4pm. Bertandang sekejap je, bagi sourvernir dan minum petang.

Jam 6pm sambung lagi tour. Terus ke Andalas sebelum menyimpang masuk ke Persiaran Raja Muda Musa untuk ke Pelabuhan Kelang. Masuk ke Jalan Pelabuhan kelang Utara (Laluan 2) dan patah balik melalui Lebuhraya Selat Kelang (Laluan 20). Kemudian masuk ke Jalan Kapar menghala utara ke Kapar dan Bukit Rotan, belok kanan ke Ijok dan Terus balik ke rumah.

Sampai di rumah lebih kurang jam 11pm dengan hari ini sahaja aku drive sejauh 408km.

Sampai rumah dah.... 2729km total perjalanan selama 8 hari, 7 malam, 11 negeri


Alhamdulillah, lengkap dah report Tour Semenanjung aku.

Keseluruhan tour ini mengambil jarak perjalanan sejauh 2728.8km dengan kos petrol berjumlah RM350.00 dengan 6 kali isian. Memang berbaloi dimana secara purata, setiap liter menyumbang perjalanan sejauh 14km atau kami membayar RM0.13/km (Harga semasa petrol ialah RM1.80/liter). Bajet petrol sebenar adalah RM500/-.

Kos penginapan pula mencecah RM900.00 di mana melebihi bajet asal iaitu purata RM100/- sehari. Paling besar adalah kos makan minum, biasa la, breakfast, lunch, minum petang dan dinner, semua cari kedai makan.


Kalau tak cukup dengan story aku ni, boleh continue dengan foto-foto, check photo album aku. Wassalam.

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Ketujuh

Hari Ketujuh. 11hb Jun 2010, Jumaat

Hari paling membosankan kerana perlu melintasi Johor Bahru, nak tempuh jalan sesak. Tension...

Ni chalet yang ada di Tanjung Kapal Beach Resort, best port ni

9.30am check-out. Nak ke Tanjung Pengelih yang kontroversi dengan Pangkalan TLDM dan kes penambakan laut. Berhenti breakfast di kedai makan tepi laut, sambil memandang ke arah bunker konkrit peninggalan Perang Dunia Ke-2.

Di hadapan Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih

Kesan peninggalan perang, maybe 2nd WW, bunker ni untuk pertahan Tanah Melayu dari serangan Jepun yang dijangka datang dari laut












Selesai breakfast, singgah bergambar di Jeti Tanjung Pengelih sebelum bergerak ke Kampung Lepau untuk ke Sebana Cove, jalan pintas tanpa perlu ke Teluk Ramunia. Masuk jalan felda lagi. Dalam 10 minit sampai ke Kampung Lepau. Sesat! Dah tak nampak jalan keluar. Nasib baik ada cikgu SK Lepau tunjukkan jalan, siap guide aku sampai ke Sebana dan tunjukkan laluan masuk untuk ke jeti Sebana Cove. Terima kasih cikgu. Dari Lepau ke Sebana ni dalam 10 minit juga.

Jalan dari Pengerang ke kampung Lepau, jalan pintas ke Sebana Cove

Sebana Cove, Kota Tinggi



Ada gajah....


Di Sebana Cove sempat shoot beberapa foto. Kawasan cantik tapi tak happening, maybe sebab bukan weekend, tapi 15 tahun dulu pun macam ni juga rasanya.

Tinggalkan Sebana, drive ke Kota Tinggi. Drive seperti biasa, tak perlu laju dan kena berhati-hati, ada signboard gajah dan babi hutan melintas, tapi setakat ni, sepanjang tour tak ada yang mengganggu.

Sampai di Johor Bahru pada waktu tengahri. Lalu je la, malas nak berhenti sebab dah biasa sangat. Sesak seperti dulu juga, cuma terkedu sebab tempat berdating sambil makan steamboat di Pantai Lido dah tak ada, sedang ditambak untuk pembinaan lebuhraya. Hilang satu sejarah JB.

Dari JB aku redah ke Pekan Nenas dan terus ke Pontian. Terjumpa pulak gerai durian. Apa lagi, berhenti layan durian la dulu. Jam dah pukul 2pm ni.

Menuju ke Taman Negara Tanjung Piai, berpandukan papan tanda yang ntahapahapa.... rupanya ada jalan lain yang elok, hampeh la!!!!


Jam 3pm sampai di Tanjung Piai, terpaksa pulak ikut jalan dalam pembinaan, hampeh betul. Padahal ada jalan lain, tapi lurus sangat, main ikut je signboard yang ada.

Posing sikit....

Okay, nak ke mana kita ni?!

Jauh kena jalan ni....


Habiskan masa sejam di sini dengan berjalan di atas pelantar ke Titik Paling Selatan Benua Asia dan jeti yang menganjung ke Selat Melaka. Hati-hati banyak monyet di sini.

Kami tinggalkan Tanjung Piai selepas menerima sijil dari Taman Negara Tanjung Piai menuju ke Batu Pahat. Singgah di Rengit untuk makan sambil cuci kereta.

7pm kami selamat tiba di Batu Pahat, malas nak mencari chalet, kami check-in hotel je, malam ni call je order makan malam, tak payah nak keluar parking. Selesai perjalanan sejauh 321km hari ni.

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Keenam

Hari Keenam. 10hb Jun 2010, Khamis

Pagi tu sempat bersembang dengan tuan rumah, katanya ramai yang menginap di situ untuk pergi memancing di muara sungai dan pantai. Orang Singapura, otai dah. Weekend biasanya dia akan ke situ dengan keluarga.

Our sweet chalet, the only guest that day

Sebelum beredar aku sempat bawa anak-anak berjalan-jalan di pantai. Dia ajak breakfast bersama tapi kami menolak sebab nak cepat, kalau bersembang nanti silap-silap jam 10am baru gerak.

Kami tinggalkan Angullia jam 9.30am, menuju Kuala Rompin. Sampai di Nenasi tak nampak pulak kedai makan yang menarik. Jadi kami teruskan perjalanan. Lebih kurang jam 10.15am tiba di Kuala Rompin, pekena teh tarik dengan roti canai yang sedap di sana.

Welcome to Johor Darul Ta'zim


Jam 11.30am, kami tiba di Tanjung Gemuk dan melintas Sungai Endau selepas melalui perjalanan yang sedikit berhati-hati kerana khuatir ada ‘mata’ yang memandang. Jalan antara simpang ke Muadzam Shah hingga ke Mersing ni agak panas, dulu masa aku selalu balik Mersing ikut jalan ni ada jugak terserempak dengan sekatan, tapi kita memandu ikut peraturan kan?! So, relaks je la.


Dari Endau masuk ke Penyabung. Sejak 10 tahun kenal daerah Mersing ni, ni pertama kali aku nak ke Penyabung. Lengang je jalan sini, memang terasa jauh dari kesibukan, recommended untuk melepak. Drive dalam 50km/j, masuk jalan kampung. Jam 12 tengahari, Aku berhenti sekejap di atas jambatan Sungai Mawar sambil mengambil gambar muara sungai dan pulau di hadapan. Bila pulak nak menjelajah ke pulau-pulau ni?!

Keluar dari Penyabung menuju jalan utama Endau-Mersing, kami perlu melalui Hutan Simpang Gunung Arong, masih terpelihara walaupun ada berita tentang perlombongan emas haram, patut pun diwarta menjadi hutan simpan. Kemudian terdapat satu pembinaan jalan raya ke selatan yang aku jangkakan akan tembus ke Pantai Air Papan dan boleh terus ke Mersing melalui jalan pantai, mesti menarik. Tunggu!!!

Dari sini ke Mersing tak sampai ½ jam pun. Di Mersing kami makan tengahari di restoran bersama keluarga mertua aku, siap diorang perli lagi, “tak singgah rumah dulu?!”. Tidak.... nak masuk ke Felda Nitar tu ambik ½ jam, rugi trip petang ni, tak sampai ke Tanjung Kapal nanti.

Jam 2pm kami minta diri untuk teruskan tour. Jalan yang biasa kami lalu. Pandu terus ke Jemaluang dan terus ke arah Kota Tinggi. Sampai di Sungai Ambat kami masuk ke kiri, ke Tenggaroh. Jalan felda. Kami menuju ke Sedili Besar tanpa ke Tanjung Leman. Memandu pada kelajuan sekitar 50~60km/j dengan sesekali berselisih dengan kenderaan. Jalan je yang kurang elok, cuaca dan masa menyebelahi kami.

Keluar dari Batu Layar untuk ke Laluan 90, Desaru - Teluk Ramunia


Tak banyak tempat yang kami singgah kerana perlu sampai ke Tanjung Kapal sebelum malam dan kami dah banyak bergambar di sini. Ikut Laluan J173, kami melintasi kawasan-kawasan pantai yang biasa dijadikan kawasan perkelahan dan resort bermula dengan Tanjung Sutera, Sedili Besar, Telok Mahkota (Jason Bay), Sedili Kecil dan Tanjung Balau. Selepas itu menggunakan laluan 90 dari Bandar Penawar ke Tanjung Kapal. Melalui Desaru, Batu Layar, Punggai, Teluk Ramunia dan Rengit. Perjalanan yang lancar.

Paling best antara Sedili Kecil dan Tanjung Balau. Lalu kat ‘lost world’, dengan hutan tanah pamah sekunder, seperti pernah menjadi kawasan lapang dan paling best melihat ke arah laut, hijau dan jernih. Pernah juga aku suarakan kat member, nak berkayak atau trekking sepanjang pantai, bestnya.

Nampak dah?!

Jam 4.30pm sampai di Teluk Ramunia, sempat juga mencari batu tanda jalan 0km. Hampir terlepas juga. Lepas tu terus memandu ke arah Pengelih untuk mencari Tanjung Kapal Resort. Alhamdulillah, tak susah mencari walaupun masuk jalan kampung. Oleh kerana hari bekerja, chalet kosong dan lengang, tapi esok dah fully booked, by Singaporean.

Di Tanjung Kapal Beach Resort

Tiada apa yang menarik di Tanjung Kapal Resort ni. Swimming pool baru nak buat T&C, jalan pun pakai quarry dust je, pantai memang confirm tak boleh mandi, tapi tetap menarik pengunjung. For sure, permandangan dan ketenangan tempat ni. Melihat barisan kapal laut, kecil dan besar di kaki langit, tak larat aku nak kira, memang banyak, dari pelabuhan Singapura dan Pasir Gudang. Restoran makanan laut di chalet ini pun sedap jugak dan berpatutan.

Layan layang-layang yang dibeli petang semalam di TC

Hari ni perjalanan meliputi 318km straight and smooth kecuali semasa melintasi Jemaluang, jalan seperti ular.

Aku tak banyak berhenti sebab dah pernah buat trip special sebelum ni di mana aku ke Jeti Tunjuk Laut, Pantai Tanjung Leman, Sutera Beach Resort (nak masuk punya la seksa, lalu kebun sawit), Sedili Besar (siap lepak di jeti), Telok Mahkota, Sedili Kecil (port memancing), Tanjung Balau, Desaru dan Batu Layar. Stretch tu je ambik masa 1 hari suntuk di mana aku RV dari Mersing.

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Kelima

Hari Kelima. 9hb Jun 2010, Rabu

Pagi ini kami bersiap awal. Breakfast ada dalam pakej menginap, jadi turun awal dan boleh jalan-jalan ke pantai sebelum check-out. Masa breakfast anak-anak aku mula la merengek nak mandi swimming pool, sebelah meja makan je. Kami buat bodoh je la, kalau turun kolam mau 2 jam. Untuk pujuk diorang, kami jalan-jalan ke pantai. Macam-macam beach game ada di resort ni, memang menarik (promo....).

Ni yang geram ni

Seperti biasa, jam 9am kami check-out. Hari ini dan seterusnya adalah mudah kerana selepas Kuala Terengganu memang dah biasa lalu, walaupun tidak kerap. Perjalanan pun selesa, melalui jalan pantai yang kurang kenderaan. Jam 10am dah sampai Kuala Terengganu, itu pun lewat sebab masuk Seberang Takir.

Tak nak beli telur penyu ke?!

Pembantu kedai baru, memang habis la kedai tu...

View dari roof top parking Pasar Payang, nyaris tak koyak tayar aku naik ramp dia


Apa lagi nak dicari di KT ni kalau bukan Pasar Payang. Itu wajib!!! Kali ni aku masuk TLK bertingkat, nyaris tak pecah tayar layan ramp. Gara-gara petak penuh. Alang-alang sampai aku naik terus ke tingkat atas sekali. Kali pertama ambil gambar permandangan Kuala Sungai Terengganu dari atas bangunan (pelik sangat ke?!). Shopping sourvenir dan jajan. Jam 11am sambung drive, keluar dari Pasar Payang dan Kuala Terengganu.

Masjid Terapung


Jam 11am kami T5 di Masjid Terapung, port wajib bergambar dan belum pernah masuk solat di dalam. 30 minit di sana dan kami teruskan perjalanan mengikut Laluan 3. Singgah di Kampung Jambu Bongkok membeli baulu. Jam baru pukul 12.13pm, masih awal untuk lunch.


Meriahnya...


Hajat hati nak singgah Paka untuk makan tengahari, tapi masa sibuk di kawasan pekan tu ternampak pula kemalangan, sampai terlepas port makan yang disyorkan oleh Bro Azeef. Takkan nak patah balik?! Rupa-rupanya ada hikmah juga, sebelum tiba di Kerteh kami berselisih dengan Bro WSG sekeluarga yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Sempat bagi hi beam dan call dia. Berkat stiker sarjan pada bonet depan dia, senang nak tangkap. Masing-masing buat u-turn dan berhenti di kedai makan, pekena kopi Sawda dan sotong goreng tepung.

Lepas puas bersembang, kami sambung perjalanan mengikut Laluan 3 manakala bro WSG ke Kelantan. Drive ikut trafik je ke Kuantan, dah tak ada check point untuk aku berhenti. Melintas Kijal, Chukai, Cherating, Balok dan Kuantan sebelum berhenti makan di Telok Chempedak lebih kurang jam 4pm. Sempat juga ambil gambar dan beli layang-layang.

Jam 5pm, sedang bersiap untuk ke destinasi seterusnya, Bro Azeef call, dia di Zoo Teruntum. Sempat la berjumpa dengan orang kuat Livep Pantai Timur ni, dia bawa baby jalan-jalan.

Jumpa lagi sorang kawan kat Zoo Teruntum

½ Jam bersembang, sambung lagi tour, pastinya mesti melintasi Pekan dan kalau boleh sampai ke Rompin. Ikut jalan Tanjung Lumpur (Laluan 183) dan scale semua jalan yang paling hampir dengan pantai seperti Cheruk Paloh dan Kampung Tanjung Selangor sebelum tiba di Pekan. Tiba di Pekan jam 6.10pm, isi minyak dan masa membuat keputusan, ada saja chalet di hadapan, kami check-in.

Hampir 40 minit memandu, kami sampai ke Angullia Beach House Resort, berhampiran Kampung Tering. Layan!!! Kalau terus memandu khuatir tak ada penginapan pulak. Check-in resort dan alamak!!! elektrik pula tak ada. Sedang dibaiki. 2½ jam bergelap.

Sedang bersedia menikmati juadah makan malam yang diorder dari tuan rumah, elektrik ada. Terus on aircond dan semua lampu. TV pun baru dihantar tetapi tanpa aerial. Tak apa, aku layan video je. Seksa juga duduk chalet macam ni. Sambil tu, seperti biasa, perlu charge handphone, bateri kamera, transfer foto dan tak lupa, update facebook.

Selepas Pekan, Pahang, hari dah nak malam, terjumpa Angullia Beach House Resort, tepi jalan je tapi very peaceful dan... kami the only guest that day


Hari ini menempuh 349km dengan keadaan pemanduan yang bercampur, sesak apabila menghampiri Kuala Terengganu dan Kuantan tetapi relaks dengan kelajuan 50km/j meninggalkan Kuantan.

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Keempat

Hari Keempat. 8hb Jun 2010, Selasa

Kami dah lewat sejauh 170km. Sepatutnya kami tidur di Kota Bharu semalam, tapi selepas menempuh 420km semalam, kini terpaksa menukar jadual. Hari ini kami perlu sampai sehampir mungkin ke Kuala Terengganu dan memang pasti gagal bermalam di Rantau Abang seperti dirancang.

Jambatan ke Pulau Banding, dulu ada petronas untuk take 5 tetapi semenjak Emkay ambil alih dan mewujudkan Belum Resort, nak isi minyak dah dekat Jeli baru ada petrol pump

Banding Lakeside inn, hotel baru, nampak kecik je.... berapa bilik?! Ada lebih 100 bilik.

Pagi ini breakfast di hotel sambil menikmati permandangan indah Tasik Banding. Seperti biasa, jam 9am perjalanan bermula. Kali kedua melalui jalan ini tetapi kali pertama memandu di waktu siang. Lebih kurang ½ jam memandu, jumpa kawasan rehat iaitu Puncak Titiwangsa rasanya. Singgah sebentar untuk bergambar.

Perjalanan seterusnya agak membosankan sehingga sampai ke Ayer Lanas. Di sini aku hendak melalui Laluan D22 ke Rantau Panjang. 11.20am tiba di Rantau Panjang hanya masuk di satu entry dan keluar di laluan satu lagi, tak ada mood untuk shopping hari ini.

Dari Rantau Panjang, kami ikut Laluan 3 ke Pasir Mas, destinasi? Kedai Dobi Cuci Sana Sini milik kawan di SPACE UTM, Hj Syarizam. Sampai di kedai dia jam 12.30pm. Sempat juga menjamu selera dan mencuci pakaian, semuanya ditaja oleh tuan rumah, terima kasih daun keladi Haji.

Kota Bharu, sempat singgah untuk sesi fotografi je


Jam 3pm, kami sambung perjalanan ke Kota Bharu, sekadar melintas pusat bandar sekitar jam 4pm. Nak singgah rumah adik pun tak sempat, lagi pun dia sedang bertugas rasanya, malas nak ganggu. Jam 4.30pm kami singgah minum petang di sekitar Kampung Peringat sambil mencuci kereta, teruk sangat dah aku tengok kereta ni.

Perjalanan diteruskan menyusuri pantai, masuk ke Laluan D11 dan kami ikut jalan pantai, tenang dan selesa, sambil menikmati permandangan Laut China Selatan dan pantai. Keutamaan sekarang adalah untuk mencari chalet untuk lepak.

6.30pm tiba di Kuala Besut. Ada Bukit Keluang dan jeti ke Pulau Perhentian, tu yang aku baca daripada papan tanda la. Awal lagi, aku terus memandu, rugi betul sebab tidak singgah di Bukit Keluang.

Menjelang Maghrib aku melintasi Kampung Penarik. Cantik kawasan ni, tapi aku drive agak laju dan mungkin terlepas pandang chalet yang ada. Sampai di Merang, aku dah tak boleh tahan, kita cilok je mana-mana signboard yang ada. Sekali nampak The Aryani Resort. Apa lagi, bagi signal la.

Punya la jauh masuk ke dalam tu, rasa macam penyeludup keretek je. Sampai di resort aku tengok semacam je, wife aku pergi reception counter. Seram je aku tengok tempat tu, kayu berukir ala-ala Bali diterangi lampu pijar warna kuning. Nasib baik ada ayat suci Al-Quran di halaman. Wife aku masuk kereta dan?! “Out of budget, jom kita check tempat lain”, he.. he.. kena drive keluar pulak.

Jam dah dekat pukul 8pm ni. Kali ni aku bawa perlahan je, takut kalau-kalau terlepas signboard. Tak jauh pun, nampak Suria Merang Resort. Cantik!!! Jom kita mencuba nasib. Alhamdulillah, walaupun parking hampir penuh, masih ada bilik kosong. Ada swimming pool.... girls bertiga tu menjeling je, suka bukan main!!! Sorry, tak ada masa untuk mandi manda.

Masuk bilik, mandi dan bersiap keluar makan malam. Penat dan lapar selepas menempuh jarak perlajanan sejauh 337km. Sekurang-kurangnya, kami dah kurangkan kelewatan kepada kurang daripada 100km sahaja.