Wednesday, November 18, 2009

Keratan akhbar Berita Harian 19hb November 2009

4 pelajar tingkatan satu hilang di Gunung Lambak

KLUANG: Empat pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil dilaporkan hilang di Gunung Lambak, sejak tengah hari semalam. Operasi mencari dan menyelamat seorang pelajar lelaki dan tiga pelajar perempuan terbabit yang dipercayai sesat ketika mendaki, dijalankan sejam jam 9 malam tadi, membabitkan anggota polis, tentera dan Rela.

Pendakian pelajar hilang bukan aktiviti sekolah

KLUANG: Empat pelajar yang masih hilang di Gunung Lambak di sini, bukan mengikuti program anjuran sekolah, sebaliknya merancang sendiri aktiviti pendakian itu bagi mengisi masa cuti sekolah. Berita Harian difahamkan, pada mulanya seramai sepuluh pelajar merancang mendaki gunung itu, tetapi hanya mereka berempat datang ke tempat dijanjikan pagi semalam. Pelajar yang hilang ialah Mior Shahidan Mior Azman, Normayzurah Nursalim, Nurfazlin Mohd Zain dan Nurul Afiqah Zulkifli. Semua mereka adalah pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Jalil.

Empat pelajar sesat ditemui selamat

KLUANG: Empat pelajar tingkatan satu yang hilang ditemui jam 1.45 petang tadi selepas sesat lebih 24 jam di hutan Gunung Lambak di sini. Mereka yang dalam keadaan lemah terus dikejarkan ke Hospital Daerah Kluang untuk rawatan lanjut.

Camana nak komen ek?!

Monday, November 02, 2009

Berita Harian 2hb November 2009

Mayat tiga pelajar Utar ditemui

KAMPAR: Tiga penuntut Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) - dua lelaki dan seorang wanita - ditemui mati lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika berkelah di Air Terjun Batu Berangkai di sini.

Mayat dua penuntut lelaki itu masing-masing ditemui pada jam 10.20 malam dan 12 tengah malam tadi, manakala mayat penuntut wanita ditemui pada jam 11.10 malam.

Mayat pertama ditemui tersangkut di celah pokok kira-kira 300 meter dari tempat kejadian dan dua lagi mayat dijumpai tidak jauh dari tempat mayat pertama ditemui.

Tiga penuntut Utar itu, Yew Ghim Chnieh, 20, James Wan Kai Khor, 20, dan penuntut wanita berkenaan, Yew Shy Gin, 21, dilapor hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di air terjun itu pada kira-kira jam 5.30 petang.

"Seorang lagi rakan mereka, penuntut lelaki, terselamat," kata Ketua Polis Daerah Kampar Supt Abdul Aziz Salleh.

Beliau berkata, kedua-dua penuntut lelaki itu berasal dari Pulau Pinang manakala penuntut wanita dari Sungai Petani, Kedah.

Abdul Aziz berkata, operasi mencari dan menyelamat dijalankan sebaik polis menerima maklumat mengenai kejadian itu. Usaha mencari dan menyelamat yang turut dibantu penduduk kampung itu agak sukar berikutan arus sungai yang deras serta keadaan gelap.

Seorang saksi, Syed Sarudin Syed Shamsuddin, 41, berkata kejadian berlaku sejurus selepas hujan lebat di kawasan perkelahan itu pada kira-kira 5 petang.

"Saya bersama tiga anak saya naik berteduh di sebuah pondok di tebing sungai apabila hujan turun manakala mereka (penuntut) bersama beberapa yang lain terus mandi," katanya.

Beliau berkata, semasa hujan, air mulai naik perlahan-lahan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi kuat air menghempas batu.

"Empat pelajar itu tidak sempat berbuat apa-apa kerana arus deras terus menghanyutkan mereka di celah-celah batu...arus menolak mereka mengikut aliran air yang menjunam ke bawah bukit," katanya.

Seorang penduduk kampung, Razali Abdullah, 32, berkata beliau yang berada berhampiran tempat kejadian tidak sempat menghulurkan bantuan kerana penuntut itu hanyut dengan laju.

"Saya mendengar jeritan minta tolong dan sebaik berlari ke tebing, saya nampak tiga orang terkapai-kapai dan tengelam timbul di dalam air yang ketika itu mengalir laju," katanya.

Menurut Razali, penuntut berkenaan serta beberapa kumpulan lain yang berkelah ke situ pada kira-kira jam 3 petang telah dinasihati oleh penduduk supaya balik kerana air terjun itu berbahaya pada musim hujan.

"Air yang mengalir dari bukit sering turun dengan banyak secara mendadak setiap kali selepas hujan lebat," katanya.

Kejadian hari ini berlaku seminggu selepas tiga murid perempuan lemas di Sungai Kampar di sini.

Dalam kejadian Isnin lalu, 19 murid lain terselamat apabila jambatan gantung di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang runtuh.

Ahli Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon, yang melawat tempat kejadian berkata penuntut yang terselamat itu berusia 22 tahun dan hanya mengalami kecederaan ringan.

"Beliau adalah penuntut tahun kedua jurusan perakaunan dan berasal dari Kuala Lumpur," katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambary Abdul Kadir, turut melawat tempat kejadian tengah malam tadi. - Bernama

Apa lagi yang boleh kita ulas apabila perkara seperti ini berlaku?!

Monday, March 30, 2009

Dipercayai tergelincir

Petikan daripada Harian Metro online. Al-Fatihah untuk arwah.

KUALA LUMPUR: Tanda tanya kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri sejak Rabu lalu, akhirnya terjawab apabila mayat mereka yang berulat ditemui di kawasan cerun di Bukit Taboh, Ampang, di sini, semalam.Mayat dua doktor pakar terbabit, Amin Tai Abdullah@ Tai Yun Ming, 57, dan Haliza Mohd Shafie, 53, ditemui masih berpakaian lengkap dengan beg yang dibawa mereka, dipercayai untuk mendaki kawasan bukit.Sebelum itu, keretan Nissan Latio hitam milik seorang daripada doktor pakar terbabit ditemui kira-kira jam 8 pagi berhampiran loji air Syabas Taman Rekreasi Ampang, di kaki bukit berkenaan.Polis yang menerima maklumat kemudian membuat pemeriksaan dalam kereta berkenaan dan mendapati beberapa pakaian yang ditemui dalam kenderaan itu dilipat dengan elok.

Penemuan kereta itu menjadi petunjuk bagi pasukan polis yang kemudian melancarkan operasi besar-besaran mencari dua doktor pakar itu di kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter.

Ketika operasi, polis menemui dua mayat terbabit di kawasan cerun, kira-kira 200 meter dari puncak bukit itu, sebelum memaklumkannya kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengeluarkan mayat jam 2.15 petang.Difahamkan, dua doktor pakar itu adalah sahabat baik serta saling mengenali keluarga masing-masing dan mereka juga dikatakan belajar bersama di sebuah universiti di luar negara.Namun, kehilangan mereka sejak Rabu lalu menjadi tanda tanya kepada ahli keluarga sebelum suami Haliza membuat laporan polis mengenainya.Kali terakhir dua doktor pakar berkenaan dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) keluar dari hospital dengan berpakaian lengkap jam 11.30 pagi.Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata mangsa kemungkinan tergelincir ketika mahu menyeberang puncak bukit terbabit.“Mereka kemungkinan tergelincir ketika melompat untuk menyeberang melalui laluan pelantar di kawasan bukit berkenaan.“Namun, kita masih menyiasat punca kematian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Monday, March 23, 2009

XPDC Gunung Irau pada 11 April 2009

Salam,

Jom geng, kita pergi Gunung Irau pada 11 April ni, maklumat seperti berikut :-

Jumaat
1800 - Bertolak ke Cameron Highlands (pengangkutan sendiri)
2200 - Tiba di Cameron Highlands (penginapan sendiri – Organisor akan mencadangkan hotel/chalet untuk disewa, jika berminat)

Sabtu
0700 - Berkumpul di Check Point (4WD akan bawa trekker ke entrance Irau (mossy forest))
0800 - Semua trekker dijangka tiba di entrance Irau, sesi suai kenal, stretching
0900 - Pendakian bermula
1400 - Dijangka tiba di puncak Irau.
Makan tengahari – packed lunch/light meal/ready made
1500 - Balik
1900 - Dijangka tiba di mossy forest
(4WD akan tunggu bermula jam 1900, kalau turun awal kena tunggu, so, take your time dengan keindahan alam ciptaan Allah)
2000 - Tiba di Country Lodge
Bersurai

Ahad

Kepada yang tak berani/take turn/tak puas mendaki Irau, boleh ambik light path dari pekan Brinchang ke Puncak Brinchang

0700 - Berkumpul di Country Lodge
0730 - Trekking ke Puncak Brinchang
0930 - Tiba di Puncak Brinchanng.

Ada wakaf untuk berehat melepaskan penat dan viewing tower untuk melihat permandangan Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Alternative programme

0700 - Breakfast ala-ala bbq style
0900 - Prepare untuk checkout
1000 - Light and easy, strawberry farm, tea break at Sg Palas Boh Plantation
1200 - Makan tengahari di Brinchang
1300 - Shopping sayuran dan buah-buahan di sepanjang jalan antara Brinchang dan Kg Raja
1400 - Balik…

Bayaran hanya RM52.00 seorang untuk trekking hari sabtu tu, pengangkutan pergi dan balik serta penginapan carik sendiri ye...

Amacam?! berminat, contact aku.

Sunday, February 22, 2009

Kes sesat lagi....

Salam,

Apa nak jadi dengan dunia kembara kita akhir-akhir ini?! Bermasalah.

Sebelum ni kita dikejutkan dengan berita seorang trekker tersesat sewaktu menuruti kawan-kawan ke air terjun di kemensah. Masuk seorang diri? Tak ada pengalaman dalam hutan?

Hari ni keluar pula berita dalam Buletin Utama mengenai kes pendaki yang gagal turun dari Bukit Tabur (aku masih kekal guna ejaan dan sebutan ni). Memang hari ni hujan amat lebat dan berangin. Dipendekkan berita, mereka diselamatkan selepas membuat panggilan kecemasan. Di akhir berita tersebut dinyatakan bahawa tiada pemberitahuan dibuat kepada balai polis berhampiran.

Aku tak nak membuat andaian yang berat sebelah kerana sebelum ini ada berita yang disiarkan amat berbeza daripada apa yang diceritakan oleh orang yang terlibat.

Kes trekker sesat sewaktu balik daripada Yong Yap tu aku tak berani nak komen la. Dah jumpa ke belum?! Anyway, kalau belum jumpa, harap-harap dia selamat. At least aku percaya, trekker hardcore macam dia tu InsyaAllah, dalam keadaan normal gerenti boleh survive.

Wassalam

Sunday, January 04, 2009

lebih 1,000km, 36 jam

Kadang-kadang idea tu datang sebab pelan asal gagal. Mula-mula nak lepak di Taiping je, masuk night safari, tapi bila tengok punyalah ramai manusia kat Taman Tasik Taping dan Hotel Sri Malaysia pun dah penuh, aku conclude yang kami tak boleh proceed, kena cari alternatif lain.

Sabtu, 20hb Disember 2008,

1000
Sebagai memenuhi jemputan ke majlis undangan perkahwinan seorang sahabat di Ipoh, aku plan sama ada ke Kuala Kangsar, Taiping atau Lake Town Resort. Memang canteek punya plan.

1500
Lepas makan kenduri, aku drive masuk hiway PLUS dan keluar di Taiping, 1st time lalu plaza tol baru Jelapang, serabut lagi rupanya jalan kat situ, belum siap sepenuhnya. Dari plaza tol sampai ke Bandar Taiping pun agak serabut, tak nampak langsung ciri kolonial Taiping yang pernah diura-urakan untuk menjadi ibu negara Persekutuan tanah Melayu. Jauh bezanya berbanding Kuala Kangsar.

Signboard menuju Zoo Taiping pun agak mengelirukan, mula-mula steady je, tiba-tiba bila dah sampai pusat bandar, hilang pulak signboard dia, google map aku pulak dah bercelaru, apa lagi, redah je la. Cross pusat bandar, baru nampak keistimewaan Taiping, terdapat bangunan-bangunan dengan ciri-ciri kolonial yang memang menarik minat, cuma kamera je tertinggal. Frust dah.

Masuk ke kawasan Taman Tasik Taiping, punya la ramai manusia, ada function rupanya. Rasanya cecah 1,000 orang kot. Aku terus je drive ke Zoo Taiping, sebelum tu nampak simpang ke Bukit Larut, antara stesyen tanah tinggi yang masih belum aku sampai selain Gunung Jerai. Fikir-fikir balik, dengan jumlah manusia yang begini punya ramai, hotel pulak full house, aku ambil keputusan untuk cari port lain, pospone la nampaknya Night Safari.

1530
Frust punya pasal, aku ingat nak balik rumah je. Sampai kat exit Kuala Kangsar ternampak pulak signboard Gerik, route yang memang dah lama aku nak lalu. Apa lagi, bagi signal kiri, keluar di plaza tol Kuala Kangsar. Terus cari jalan ke Gerik. Cantik jalan di sini, lapang dan lurus, kereta pun agak kurang.

1700
Singgah minum kat R&R Gerik, sebelum Tasik Raban, tengah berkira-kira sama ada nak terus atau patah balik. Memang pantang sebenarnya berfikir macam tu, tapi risau sebab route tu masih panjang. Apa-apa pun pekena Kopi Jantan dan roti canai dulu sambil Zue try mee bandung.

1830
Dalam perjalanan ke Tasik Banding, ada beberapa buah kereta flash headlight kat aku. Suspen juga dibuatnya, ingatkan ada road block ke, jalan tutup sebab banjir ke, risau juga mana taknya dahlah penat drive tiba-tiba pulak kena patah balik. Then lepas satu selekoh tu, ternampak sekawan gajah liar tengah sedap meragut rumput (macam rumput nyppa tu) di tepi lebuhraya. Tapi yang buat aku lagi frust sebab tak sempat nak ambil gambar.

1900
berhenti T5 di Petronas Tasik Banding. 31hb ni tarikh akhir operasi, lepas ni tak ada port lagi dah kat situ, maybe Royal Belum Resort take over semua sekali, jangan kena tol nanti sudah.

Lepas tu aku terus sambung perjalanan, memang memenatkan sebab tak nampak tempat berhenti yang sesuai kecuali bila dan sampai di Jeli. Rupa-rupanya aku terlepas pandang satu R&R puncak Banjaran Titiwangsa, mungkin sebab hujan, aku tak perasan.

2200
Sampai kat KB, nak mencari tempat tidur la pulak. Google map aku memang dah fail sebab banyak sangat jalan, dah tak tau aku kat route yang mana satu. Apa lagi, redah je la.

Aku straight je masuk bandar Kota Bharu, gamble je ni. Nasib baik nampak Grand Riverview Hotel dari jauh, checkbilik kosong, masih ada. Masuk je bilik, kitaorang order makan, lapar tu.

Ahad, 21hb Disember 2008

0900
Selepas sarapan kami pusing KB, dekat je dengan Pasar Siti Khadijah, tetapi sebab parking tak ada dan terlepas parking kat Pasar Buluh Kubu, terpaksa la aku pusing 1 round. Redah je.






Bergambar depan istana



1300
Check out hotel dan start berfikir, jalan mana aku nak lalu untuk balik ni. Check google map dan calculate pro dan kont, at last aku naik balik ke Jeli, aku nak singgah Air Terjun Jelawang. Last aku pergi sana tahun 97 rasanya, Abang Bahar yang jaga camp site kat atas air terjun tu pun dah meninggal dunia.

On the way balik ni aku detour sikit, ikut alternative route, jalan Pasir Mas, Tanah Merah dan ke Jeli. Ok je jalannya, takde la stress sangat compare masa datang semalam, maybe sebab drive siang dan tak hujan.

Sampai Jeli, singgah makan tengahari dan solat di Masjid Jeli. Then bermula trip yang aku paling suka, drive di jalan yang belum pernah aku lalu. Jauh jugak jalan ni, sempit dan tak berapa elok, ada construction untuk perlebaran jalan tapi di beberapa tempat je. Sepanjang jalan ada la lalu beberapa batang sungai berjeram dan ada beberapa signboard air terjun. Aku jangkakan mesti ada air terjun yang best di lokasi-lokasi tu.

Sampai di Dabong (aku tak masuk pekan Dabong pun), aku terus ambik simpang ke Gua Musang then masuk ke Air Terjun Jelawang. Pergh!!! Memang best air terjun ni, paling best bila dapat duduk kat atas tu sambil tengok matahari terbit.

Resort dia masih tak beroperasi secara penuh, hanya memenuhi tempahan sebab demand yang kurang. Trekker pulak terus pikul beg ke puncak air terjun untuk berkhemah di sana atau terus ke Gunung Stong atau Gunung Ayam.

Aku sempat bawa Ina dan Fiqah naik ke jambatan gantung, just untuk ambik gambar, InsyaAllah, kalau ada rezeki cadang nak camping lagi kat air terjun ni dan mendaki Gunung Stong. Amin.

1700
Kami keluar dari Stong Resort dan menuju ke Gua Musang. Punya la jauh perjalanan, nasib baik tangki petrol penuh, isi di Pasir Mas tadi. Seingat aku jalan ni dulu tidak berturap di sebahagian laluan antara Gua Musang dan Dabong, begitu juga antara Dabong dan Kuala Krai, tapi sekarang ni dah boleh besit 110km/jam.

1800
Aku sampai di Gua Musang. Nampak simpang Lojing dan Cameron Highlands tadi, takpe la, lain kali pulak aku explore jalan ni. Aku teruskan perjalanan balik ke KL ikut Merapoh, Raub, Kuala Lipis, Bentong, Highway Karak dan terus balik ke Bandar Tasik Puteri.

2115
Selamat sampat rumah. Alhamdulillah…..

Diperangkap kepala air

Petikan daripada Berita Harian Online bertarikh 5hb Januari 2009 oleh Rafi Mamat

10 terperangkap di air terjun selamat

Mangsa ditemui kesejukan, lapar selepas terkandas berikutan paras sungai naik mendadak

KUANTAN: Sepuluh orang termasuk seorang wanita yang terperangkap di aras empat air terjun Hutan Lipur Berkelah, di sini selepas paras air naik mendadak berjaya diselamatkan malam kelmarin selepas terkandas hampir 50 jam sejak petang Khamis.

Kumpulan berusia 21 hingga 29 tahun dari Temerloh dan Mentakab itu berjaya diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melancarkan operasi jam 3 petang, kelmarin.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Hashim Yahya berkata pihaknya menerima laporan pada 3.30 petang Sabtu.

Katanya, operasi mengesan seterusnya menyelamat mangsa bermula setengah jam kemudian dan mereka selamat turun daripada kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah pada jam 8.30 malam.

Mereka mendakwa datang ke kawasan berkenaan pada Khamis lalu dan dijangka pulang semalam.

"Operasi menyelamat oleh lapan anggota pasukan JPAM dan empat bomba menghadapi kesukaran apabila terpaksa mengharungi tiga laluan air deras selain jalan dan batu yang licin.

"Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali di tiga laluan air bagi mengelak arus menghanyutkan mangsa yang dalam keadaan lemah kerana kesejukan dan lapar," katanya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan memasuki kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah tanpa memaklumkan kepada polis dan Jabatan Perhutanan Pahang.

Seorang mangsa, Mohd Rosdi Mat Rashid, 29, berkata sepanjang tempoh terperangkap, mereka hanya makan biskut dan mi segera yang direndam air hujan dan apabila dahaga minum air hujan.

“Ini pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila terutama apabila melihat air naik cepat hingga memaksa kami menyelamatkan diri di atas batu.

"Saya bersyukur semuanya selamat. Kejadian ini akan menjadi pengajaran berguna kepada semua pihak supaya tidak mengadakan perkhemahan di hutan dan kawasan air terjun terutama pada musim hujan," katanya.

Ada komen?

1. Tak alert dengan geografi dan sejarah Berkelah.

Berkelah terletak di banjaran batu batan (aku tak reti istilah geologi dia) tapi memang hutan jenis ni tak menakung air hujan, macam cistern toilet tu, bila flush je meluru 9 liter air turun.

2. Tak bersedia dari segi peralatan.

Kalau tak takkan la makan maggi dengan air sejuk je. Mana survival kit?

3. Tak inform pihak berkuasa.

Ni biasa la, jangan nanti kena dakwa kat mahkamah sudah.

Ok la, aku ni komen orang bukan aku pandai sangat tapi aku pernah atasi perkara ni dan Alhamdulillah, selamat. Btw, jangan terlalu percaya berita daripada pihak ketiga sebab baru-baru ni kawan aku sendiri terperangkap kat Nuang, tak ada apa pun, tapi rescuer dan reporter report lebih-lebih. Tak percaya?! Lu pikir la sendiri.