Tuesday, May 27, 2008

Tersesat di hutan...

salam

Banyak sangat kes tersesat kat dalam hutan kebelakangan ini. Agak menakutkan kerana berlaku di trek yang biasa buat aku seperti Tahan, Nuang dam Ledang.

Aku pernah jugak ‘hampir sesat’ di Gunung Tahan pada tahun 1994 dulu. Yez! 14 tahun lepas, semasa turun dari puncak Tahan, antara Kem Teku dan Kem Putih. Masa tu aku berjalan di belakang kawan, berbual punya berbual, aku rasa seperti kami makin mendaki walhal sepatutnya menyeberangi sungai, dan masa tu baru perasan yang trek tak ada kesan tapak kaki. Kami pun berhenti dan terdiam. Nasib baik terdengar suara kawan-kawan lain di tepi sungai, nun lebih 50m daripada trek kami.

Trek Gunung Tahan memang mengelirukan. Ada trek mendaki, trek orang asli dan trek binatang. Menurut kata guide dan petugas Taman Negara, trek mendaki adalah yang paling lunyai dan selalunya di atas permatang, trek orang asli pulak agak kurang digunakan, sudah semestinya ditutupi daun-daun kering dan pokok-pokok kecil, manakala trek binatang pulak biasanya di bahagian lembah, kalau tanah lembap memang boleh nampak kesan tapak kaki binatang. Ketiga-tiga trek ini ada kalanya bersilang dan agak mengelirukan. Jadi, bila ada trekker yang survive selepas 3 minggu ‘hilang di Lembah Sungai Teku tu…. memang kena tabik spring kat dia.

Bagaimana kita boleh tersesat?

Menurut satu artikel di Utusan Online yang bertajuk “Sesat – Mimpi Ngeri Di hutan” tulisan En Abd Halim Hadi menggariskan beberapa fakta penting yang perlu diambil kira seperti ketegasan ketua kumpulan dan ketahanan fizikal peserta adalah . Selain daripada itu beberapa tips juga diberi untuk maklumat pembaca.

Aku pernah berbual dengan seorang kawan daripada UM yang sesat di gunung Nuang sekitar tahun 1996. Dia berjaya keluar di Janda Baik selepas 2 hari bermalam di dalam hutan. Cerita beliau memang menarik. Tidur di atas pokok, diganggu binatang buas dan bermimpi bertemu ‘orang tua’ yang menunjukkan jalan keluar. Beliau sesat semasa dalam perjalanan balik, masa tu trekking seorang diri. Letih, mengantuk dan tidak fokus adalah antara keadaan fizikal beliau ketika tersesat.

Cerita kedua adalah daripada sepasang kembar, trekker dari Selayang. Aku interview diorang. Tersesat di Gunung Nuang jugak, dalam perjalanan balik tetapi kali ni sebab terlalu gembira dan tidak fokus dengan trek.

Daripada situ, aku rasa punca utama kita boleh tersesat disebabkan oleh fizikal dan mental yang lemah. Kenapa? Sebab masa tu mata tidak fokus, kadang-kadang boleh tertidur masa berjalan, fikiran pulak melayang entah teringat bantal, lauk sedap-sedap kat kedai kat luar tu. Perut pula lapar. Kombinasi ini memudahkan syaitan dan iblis memesongkan kita. Fizikal dan mental yang lemah memberi ruang untuk kita dilalaikan.. Bila tersedar je, kita sudah tersasar jauh dari trek asal.

Apa yang aku buat bile tersesat? Mula-mula cari ‘port’, hilangkan penat dan ambik nafas. Bagi seluruh badan dapat menyerap oksigen dengan tenang. Lepas tu minum dan kalau lapar masak makanan atau makan packed meal. Tak payah sibuk-sibuk menggagau nak cari jalan keluar, makin sesat jadinya nanti. Kalau hari dah malam cari tempat untuk tidur dengan selamat dan selesa. Kalu dekat dengan kawasan air, pastikan port tu tinggi dan bebas daripada kepala air.

Kalau sesat secara berkumpulan dan melibatkan peserta ‘beginners’, jangan tunjukkan wajah panik dan seboleh-bolehnya jangan biarkan mereka tahu yang kumpulan sebenarnya telah sesat. Kumpulkan mereka di tempat selamat dan siapkan makan, minum dan buat aktiviti kumpulan. Dalam masa yang sama, lantik beberapa orang sebagai runner untuk cari jalan keluar.

Risiko sesat memang ada dalam mana-mana ekspedisi. Sebab itu kalau aku yang organize, mesti ada additional 30% barang makan, sebagai rescue plan. Kadang-kadang tu lebih daripada itu pun ada. Bukan nak bebankan haversack, tapi aku sendiri pernah balik lewat sehari masa Trans Tahan, kes kepala air Berkelah hingga terkandas sehari dan macam-macam kes lagi la.
Mana ekspedisi selepas ini? Relaks dulu, anak-anak kecik lagi, kalau pergi pun mungkin yang dekat-dekat dan daytrip je. InsyaAllah…

Tuesday, May 06, 2008

Hmm...

I'd just remember my fotopages site. If you wanna see my expedition to Gunung Ulu Semangkuk (near Fraser's Hills), you are welcome to visit http://eddiers.fotopages.com/

I'd try to write a report but I lost my expedition's log book. Can't remember where I put it. Luckily today's digital photos have recorded the time.

Wassalam