Monday, March 06, 2006

Satu tidur yang panjang

At last aku kembali trekking, setelah 5 tahun bertapa, hibernate, dan macam-macam lagi istilah. Bukan senang untuk aku kembali ke hutan tapi kali ni lagi best sebab zue dapat join sekali.

Walaupun hanya 1/2 day trip tetapi kami enjoy. Kena pulak join group yang bukan daripada background trekking, so kami tak ada masalah nak adopt stail diorang kerana aku sendiri trekker yang santai.

Next programme, aku nak try organise xpdc pergi Gunung Berlumut. Buat masa ni nampak dah delay tapi akan aku percepatkan persiapan terutamanya jadual program dan tarikh.

Ramai yang minat nak join tetapi masalah perhubungan yang amat terhad terutamanya daripada para trekker otai menghadkan rancangan. Email pun tak ada, inikan pulak online chat. Tu yang buat aku slow sikit tu, ala masih guna snailmail, camana?! Takpe, program dah siap, just nak tunggu tarikh yang sesuai je. Kalau ramai agree dengan salah satu daripada tarikh cadangan aku, InsyaAllah, aku akan proceed. Tunggu....

Tunggu update, okay?!