Sunday, January 04, 2009

Diperangkap kepala air

Petikan daripada Berita Harian Online bertarikh 5hb Januari 2009 oleh Rafi Mamat

10 terperangkap di air terjun selamat

Mangsa ditemui kesejukan, lapar selepas terkandas berikutan paras sungai naik mendadak

KUANTAN: Sepuluh orang termasuk seorang wanita yang terperangkap di aras empat air terjun Hutan Lipur Berkelah, di sini selepas paras air naik mendadak berjaya diselamatkan malam kelmarin selepas terkandas hampir 50 jam sejak petang Khamis.

Kumpulan berusia 21 hingga 29 tahun dari Temerloh dan Mentakab itu berjaya diselamatkan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang melancarkan operasi jam 3 petang, kelmarin.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Hashim Yahya berkata pihaknya menerima laporan pada 3.30 petang Sabtu.

Katanya, operasi mengesan seterusnya menyelamat mangsa bermula setengah jam kemudian dan mereka selamat turun daripada kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah pada jam 8.30 malam.

Mereka mendakwa datang ke kawasan berkenaan pada Khamis lalu dan dijangka pulang semalam.

"Operasi menyelamat oleh lapan anggota pasukan JPAM dan empat bomba menghadapi kesukaran apabila terpaksa mengharungi tiga laluan air deras selain jalan dan batu yang licin.

"Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan tali di tiga laluan air bagi mengelak arus menghanyutkan mangsa yang dalam keadaan lemah kerana kesejukan dan lapar," katanya.

Beliau berkata, kumpulan berkenaan memasuki kawasan air terjun Hutan Lipur Berkelah tanpa memaklumkan kepada polis dan Jabatan Perhutanan Pahang.

Seorang mangsa, Mohd Rosdi Mat Rashid, 29, berkata sepanjang tempoh terperangkap, mereka hanya makan biskut dan mi segera yang direndam air hujan dan apabila dahaga minum air hujan.

“Ini pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila terutama apabila melihat air naik cepat hingga memaksa kami menyelamatkan diri di atas batu.

"Saya bersyukur semuanya selamat. Kejadian ini akan menjadi pengajaran berguna kepada semua pihak supaya tidak mengadakan perkhemahan di hutan dan kawasan air terjun terutama pada musim hujan," katanya.

Ada komen?

1. Tak alert dengan geografi dan sejarah Berkelah.

Berkelah terletak di banjaran batu batan (aku tak reti istilah geologi dia) tapi memang hutan jenis ni tak menakung air hujan, macam cistern toilet tu, bila flush je meluru 9 liter air turun.

2. Tak bersedia dari segi peralatan.

Kalau tak takkan la makan maggi dengan air sejuk je. Mana survival kit?

3. Tak inform pihak berkuasa.

Ni biasa la, jangan nanti kena dakwa kat mahkamah sudah.

Ok la, aku ni komen orang bukan aku pandai sangat tapi aku pernah atasi perkara ni dan Alhamdulillah, selamat. Btw, jangan terlalu percaya berita daripada pihak ketiga sebab baru-baru ni kawan aku sendiri terperangkap kat Nuang, tak ada apa pun, tapi rescuer dan reporter report lebih-lebih. Tak percaya?! Lu pikir la sendiri.

No comments: