Monday, March 30, 2009

Dipercayai tergelincir

Petikan daripada Harian Metro online. Al-Fatihah untuk arwah.

KUALA LUMPUR: Tanda tanya kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri sejak Rabu lalu, akhirnya terjawab apabila mayat mereka yang berulat ditemui di kawasan cerun di Bukit Taboh, Ampang, di sini, semalam.Mayat dua doktor pakar terbabit, Amin Tai Abdullah@ Tai Yun Ming, 57, dan Haliza Mohd Shafie, 53, ditemui masih berpakaian lengkap dengan beg yang dibawa mereka, dipercayai untuk mendaki kawasan bukit.Sebelum itu, keretan Nissan Latio hitam milik seorang daripada doktor pakar terbabit ditemui kira-kira jam 8 pagi berhampiran loji air Syabas Taman Rekreasi Ampang, di kaki bukit berkenaan.Polis yang menerima maklumat kemudian membuat pemeriksaan dalam kereta berkenaan dan mendapati beberapa pakaian yang ditemui dalam kenderaan itu dilipat dengan elok.

Penemuan kereta itu menjadi petunjuk bagi pasukan polis yang kemudian melancarkan operasi besar-besaran mencari dua doktor pakar itu di kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter.

Ketika operasi, polis menemui dua mayat terbabit di kawasan cerun, kira-kira 200 meter dari puncak bukit itu, sebelum memaklumkannya kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengeluarkan mayat jam 2.15 petang.Difahamkan, dua doktor pakar itu adalah sahabat baik serta saling mengenali keluarga masing-masing dan mereka juga dikatakan belajar bersama di sebuah universiti di luar negara.Namun, kehilangan mereka sejak Rabu lalu menjadi tanda tanya kepada ahli keluarga sebelum suami Haliza membuat laporan polis mengenainya.Kali terakhir dua doktor pakar berkenaan dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) keluar dari hospital dengan berpakaian lengkap jam 11.30 pagi.Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata mangsa kemungkinan tergelincir ketika mahu menyeberang puncak bukit terbabit.“Mereka kemungkinan tergelincir ketika melompat untuk menyeberang melalui laluan pelantar di kawasan bukit berkenaan.“Namun, kita masih menyiasat punca kematian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

No comments: