Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Keenam

Hari Keenam. 10hb Jun 2010, Khamis

Pagi tu sempat bersembang dengan tuan rumah, katanya ramai yang menginap di situ untuk pergi memancing di muara sungai dan pantai. Orang Singapura, otai dah. Weekend biasanya dia akan ke situ dengan keluarga.

Our sweet chalet, the only guest that day

Sebelum beredar aku sempat bawa anak-anak berjalan-jalan di pantai. Dia ajak breakfast bersama tapi kami menolak sebab nak cepat, kalau bersembang nanti silap-silap jam 10am baru gerak.

Kami tinggalkan Angullia jam 9.30am, menuju Kuala Rompin. Sampai di Nenasi tak nampak pulak kedai makan yang menarik. Jadi kami teruskan perjalanan. Lebih kurang jam 10.15am tiba di Kuala Rompin, pekena teh tarik dengan roti canai yang sedap di sana.

Welcome to Johor Darul Ta'zim


Jam 11.30am, kami tiba di Tanjung Gemuk dan melintas Sungai Endau selepas melalui perjalanan yang sedikit berhati-hati kerana khuatir ada ‘mata’ yang memandang. Jalan antara simpang ke Muadzam Shah hingga ke Mersing ni agak panas, dulu masa aku selalu balik Mersing ikut jalan ni ada jugak terserempak dengan sekatan, tapi kita memandu ikut peraturan kan?! So, relaks je la.


Dari Endau masuk ke Penyabung. Sejak 10 tahun kenal daerah Mersing ni, ni pertama kali aku nak ke Penyabung. Lengang je jalan sini, memang terasa jauh dari kesibukan, recommended untuk melepak. Drive dalam 50km/j, masuk jalan kampung. Jam 12 tengahari, Aku berhenti sekejap di atas jambatan Sungai Mawar sambil mengambil gambar muara sungai dan pulau di hadapan. Bila pulak nak menjelajah ke pulau-pulau ni?!

Keluar dari Penyabung menuju jalan utama Endau-Mersing, kami perlu melalui Hutan Simpang Gunung Arong, masih terpelihara walaupun ada berita tentang perlombongan emas haram, patut pun diwarta menjadi hutan simpan. Kemudian terdapat satu pembinaan jalan raya ke selatan yang aku jangkakan akan tembus ke Pantai Air Papan dan boleh terus ke Mersing melalui jalan pantai, mesti menarik. Tunggu!!!

Dari sini ke Mersing tak sampai ½ jam pun. Di Mersing kami makan tengahari di restoran bersama keluarga mertua aku, siap diorang perli lagi, “tak singgah rumah dulu?!”. Tidak.... nak masuk ke Felda Nitar tu ambik ½ jam, rugi trip petang ni, tak sampai ke Tanjung Kapal nanti.

Jam 2pm kami minta diri untuk teruskan tour. Jalan yang biasa kami lalu. Pandu terus ke Jemaluang dan terus ke arah Kota Tinggi. Sampai di Sungai Ambat kami masuk ke kiri, ke Tenggaroh. Jalan felda. Kami menuju ke Sedili Besar tanpa ke Tanjung Leman. Memandu pada kelajuan sekitar 50~60km/j dengan sesekali berselisih dengan kenderaan. Jalan je yang kurang elok, cuaca dan masa menyebelahi kami.

Keluar dari Batu Layar untuk ke Laluan 90, Desaru - Teluk Ramunia


Tak banyak tempat yang kami singgah kerana perlu sampai ke Tanjung Kapal sebelum malam dan kami dah banyak bergambar di sini. Ikut Laluan J173, kami melintasi kawasan-kawasan pantai yang biasa dijadikan kawasan perkelahan dan resort bermula dengan Tanjung Sutera, Sedili Besar, Telok Mahkota (Jason Bay), Sedili Kecil dan Tanjung Balau. Selepas itu menggunakan laluan 90 dari Bandar Penawar ke Tanjung Kapal. Melalui Desaru, Batu Layar, Punggai, Teluk Ramunia dan Rengit. Perjalanan yang lancar.

Paling best antara Sedili Kecil dan Tanjung Balau. Lalu kat ‘lost world’, dengan hutan tanah pamah sekunder, seperti pernah menjadi kawasan lapang dan paling best melihat ke arah laut, hijau dan jernih. Pernah juga aku suarakan kat member, nak berkayak atau trekking sepanjang pantai, bestnya.

Nampak dah?!

Jam 4.30pm sampai di Teluk Ramunia, sempat juga mencari batu tanda jalan 0km. Hampir terlepas juga. Lepas tu terus memandu ke arah Pengelih untuk mencari Tanjung Kapal Resort. Alhamdulillah, tak susah mencari walaupun masuk jalan kampung. Oleh kerana hari bekerja, chalet kosong dan lengang, tapi esok dah fully booked, by Singaporean.

Di Tanjung Kapal Beach Resort

Tiada apa yang menarik di Tanjung Kapal Resort ni. Swimming pool baru nak buat T&C, jalan pun pakai quarry dust je, pantai memang confirm tak boleh mandi, tapi tetap menarik pengunjung. For sure, permandangan dan ketenangan tempat ni. Melihat barisan kapal laut, kecil dan besar di kaki langit, tak larat aku nak kira, memang banyak, dari pelabuhan Singapura dan Pasir Gudang. Restoran makanan laut di chalet ini pun sedap jugak dan berpatutan.

Layan layang-layang yang dibeli petang semalam di TC

Hari ni perjalanan meliputi 318km straight and smooth kecuali semasa melintasi Jemaluang, jalan seperti ular.

Aku tak banyak berhenti sebab dah pernah buat trip special sebelum ni di mana aku ke Jeti Tunjuk Laut, Pantai Tanjung Leman, Sutera Beach Resort (nak masuk punya la seksa, lalu kebun sawit), Sedili Besar (siap lepak di jeti), Telok Mahkota, Sedili Kecil (port memancing), Tanjung Balau, Desaru dan Batu Layar. Stretch tu je ambik masa 1 hari suntuk di mana aku RV dari Mersing.