Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Ketiga

Hari Ketiga. 7hb Jun 2010, Isnin

Permulaan yang baik hari ini bila dapat pekena roti canai dan teh tarik. Seperti biasa 9.30am, tayar golek. Tujuan pertama? Gua Kelam.

Breakfast di Kangar

Ikut Jalan Padang Melangit, iaitu melalui Kampung Tasoh dan semestinya Empangan Timah Tasoh. Perjalanan memang relaks sebab ikut jalan belakang, ni yang best. Jalan sedikit basah sebab hujan awal pagi tadi, so aku cool je la.


Jam 10.15am kami dah sampai ke Gua Kelam. Oleh kerana hari ini hari kerja, orang tak ramai, bayar tiket di kaunter dan masuk. Kami menyusuri sepanjang gua hingga ke pintu satu lagi. Ini rupanya Gua Kelam yang popular ni, memang unik dan menarik. 30 minit di Gua Kelam.

Wang Kelian Perlis


Kami tuju pula Wang Kelian. Memang gila jalan ni, lebih gila dari Bukit Tangga dan Genting Peras (teringat zaman melayan sukubike dulu). 30 minit jugak nak sampai Wang Kelian. Tiada aktiviti perniagaan hari ini, tapi kalau hujung minggu mesti meriah.


Dari Wang Kelian, patah balik untuk ke satu lagi entry point ke negara jiran, Padang Besar. Permandangan menuruni bukit sambil melihat permandangan negeri Perlis memang menarik, sayang tak ada layby atau stop point yang sesuai untuk bergambar (atau aku yang tak nampak port sebab seronok layan selekoh)


Sampai di Padang Besar, seperti biasa, kami cari Bazar Padang Besar dulu, shopping apa yang patut (dan kurang patut). Agak sesak juga Padang Besar ni pembinaan jejantas dan jalan raya. Layan je la...

Bukit Kayu Hitam, InsyaAllah, next year aku nak passing thru sini untuk ke Thailand pulak, drive up either Koh Samui atau Chiang Mai, ada berani?!


Jam 1.00pm kami bergerak ke satu lagi entry point iaitu Bukit Kayu Hitam. Melalui Chuping, menikmati permandangan ladang tebu seluas mata memandang.


Jam 2.00pm kami tiba di Bukit Kayu Hitam. Tak tau apa yang menarik di sini, so kami ambil gambar dan berpatah balik ke selatan, hajat hati hendak melalui UUM. Kami singgah makan tengahari di sebuah kedai makan di Kampung Tok Kassim. Atas nasihat tuan punya kedai, kami tukar laluan ke Jalan Lama Changlun dan memandu terus ke Laluan K16, melalui Wang Perah, simpang ke Hutan Lipur Bukit Wang dan terus ke Kuala Nerang. Kebanyakan laluan adalah jalan kampung yang sempit, memang kena berhati-hati dan kadang-kadang tu rasanya macam kat depan tu jalan mati je.


Tiba di Kuala Nerang jam 2.50pm, direction masih berterabur, tak tau nak ikut mana. Destinasi seterusnya adalah Baling. Ada beberapa laluan, antaranya melalui Empangan Pedu di sebelah utara manakala laluan paling selatan melalui pekan Sik. Selepas membuat sedikit perkiraan, kami ke Gulau tanpa mengetahui kesengsaraan yang bakal ditempuh (hampeh!!!). Rupa-rupanya aku ikut jalan yang masih dalam pembinaan iaitu Trans Eastern Kedah Inland Highway (Laluan K157) yang dah beberapa tahun terbengkalai. Nasib baik tak terkulai aku kat situ. Masa mendaki tayar spinned atas gravel, risau aku kalau tayar pecah kat tengah-tengah hutan ni.


Laluan K157 dalam pembinaan Trans Eastern Kedah Interland Highway, memang seksa, lebih 20km melalui jalan dalam pembinaan

2 jam setengah meredah jalan yang belum berturap pada kelajuan 20km/j. Sengsara!!! Jalan hanya elok (siap dinaiktaraf) apabila melintasi Kampung Batu Lapan. Kami juga melalui Kampung Memali sebelum tiba di Baling pada jam 6pm. Memang aku layan jalan tu cukup-cukup, jalan cantik dan kereta kurang, aku pulak dah lewat, hari ini aku sepatutnya check in hoel di Kota Bharu.

Pekan Baling, Kedah


Sampai di Baling, cari port untuk minum petang. Cantik pekan Baling ni, tempat bersejarah, sayang kami tak dapat ‘explore’ semua monumen-monumen sejarah yang ada di sini. Singgah minum di padang awam. Menarik menu di sini, ada western food lagi, layan chocolate shake sambil cuba mencongak-congak tempat untuk bermalam. Selepas ini, Pengkalan Hulu dan seterusnya Gerik dan Jeli. Selepas discuss dengan wife, kami decide nak try hotel di Gerik.

Memang cantik view di sini


Jam pukul 7pm, kami bertolak ke Pengkalan Hulu. Mendaki bukit dan ada viewing point dengan permandangan pekan Baling. Memang cantik. Walaupun dah lewat, sempat juga aku snap beberapa fot. Sampai Di Pengkalan Hulu kami belok ke Laluan 1157, Jalan Lepang Nering dan melalui simpang ke Betong. Nasib baik dah lewat, kalau tak boleh menyimpang ke sana sekejap. Perjalanan memang lancar dan selesa kecuali badan je dah rasa penat sangat.


Dalam jam 8.00pm kami sampai di Gerik tapi tak tahu nak ke mana, setiap arah nampak sama saja. Mana pusat bandar?! Melilau juga mencari arah. Google pula tak membantu langsung, tiada maklumat untuk hotel di Gerik, tapi di Tasik Banding ada pula. Telefon Banding Lake Side Inn, alhamdulillah, masih ada bilik kosong. Walaupun dah malam dan aku pernah terserempak dengan sekawan gajah sebelum ini, tapi tidur punya pasal, aku redah. Jam 9pm tiba di hotel.


Banding Lake Side Inn baru beroperasi dalam 2 bulan. Nampak kecil je, dari tempat letak kereta nampak 2 tingkat, tapi ada lebih daripada 100 bilik. Misteri la pulak, jangan bangun pagi kat tepi hutan sudah. Rupanya nak ke bilik kita tekan butang lif ke bawah, ada 5 atau 7 tingkat. Nak murah, kami ambil bilik mengadap bukit (bukan bukit pun, tebing tanah). Alhamdulillah, bilik luas dan selesa.


Jumlah mileage hari ini ialah 420km. Jarak yang sebenarnya di luar keselesaan.

No comments: