Monday, July 11, 2011

Tour Semenanjung 5hb Jun 2010 - 12hb Jun 2010 - Hari Keempat

Hari Keempat. 8hb Jun 2010, Selasa

Kami dah lewat sejauh 170km. Sepatutnya kami tidur di Kota Bharu semalam, tapi selepas menempuh 420km semalam, kini terpaksa menukar jadual. Hari ini kami perlu sampai sehampir mungkin ke Kuala Terengganu dan memang pasti gagal bermalam di Rantau Abang seperti dirancang.

Jambatan ke Pulau Banding, dulu ada petronas untuk take 5 tetapi semenjak Emkay ambil alih dan mewujudkan Belum Resort, nak isi minyak dah dekat Jeli baru ada petrol pump

Banding Lakeside inn, hotel baru, nampak kecik je.... berapa bilik?! Ada lebih 100 bilik.

Pagi ini breakfast di hotel sambil menikmati permandangan indah Tasik Banding. Seperti biasa, jam 9am perjalanan bermula. Kali kedua melalui jalan ini tetapi kali pertama memandu di waktu siang. Lebih kurang ½ jam memandu, jumpa kawasan rehat iaitu Puncak Titiwangsa rasanya. Singgah sebentar untuk bergambar.

Perjalanan seterusnya agak membosankan sehingga sampai ke Ayer Lanas. Di sini aku hendak melalui Laluan D22 ke Rantau Panjang. 11.20am tiba di Rantau Panjang hanya masuk di satu entry dan keluar di laluan satu lagi, tak ada mood untuk shopping hari ini.

Dari Rantau Panjang, kami ikut Laluan 3 ke Pasir Mas, destinasi? Kedai Dobi Cuci Sana Sini milik kawan di SPACE UTM, Hj Syarizam. Sampai di kedai dia jam 12.30pm. Sempat juga menjamu selera dan mencuci pakaian, semuanya ditaja oleh tuan rumah, terima kasih daun keladi Haji.

Kota Bharu, sempat singgah untuk sesi fotografi je


Jam 3pm, kami sambung perjalanan ke Kota Bharu, sekadar melintas pusat bandar sekitar jam 4pm. Nak singgah rumah adik pun tak sempat, lagi pun dia sedang bertugas rasanya, malas nak ganggu. Jam 4.30pm kami singgah minum petang di sekitar Kampung Peringat sambil mencuci kereta, teruk sangat dah aku tengok kereta ni.

Perjalanan diteruskan menyusuri pantai, masuk ke Laluan D11 dan kami ikut jalan pantai, tenang dan selesa, sambil menikmati permandangan Laut China Selatan dan pantai. Keutamaan sekarang adalah untuk mencari chalet untuk lepak.

6.30pm tiba di Kuala Besut. Ada Bukit Keluang dan jeti ke Pulau Perhentian, tu yang aku baca daripada papan tanda la. Awal lagi, aku terus memandu, rugi betul sebab tidak singgah di Bukit Keluang.

Menjelang Maghrib aku melintasi Kampung Penarik. Cantik kawasan ni, tapi aku drive agak laju dan mungkin terlepas pandang chalet yang ada. Sampai di Merang, aku dah tak boleh tahan, kita cilok je mana-mana signboard yang ada. Sekali nampak The Aryani Resort. Apa lagi, bagi signal la.

Punya la jauh masuk ke dalam tu, rasa macam penyeludup keretek je. Sampai di resort aku tengok semacam je, wife aku pergi reception counter. Seram je aku tengok tempat tu, kayu berukir ala-ala Bali diterangi lampu pijar warna kuning. Nasib baik ada ayat suci Al-Quran di halaman. Wife aku masuk kereta dan?! “Out of budget, jom kita check tempat lain”, he.. he.. kena drive keluar pulak.

Jam dah dekat pukul 8pm ni. Kali ni aku bawa perlahan je, takut kalau-kalau terlepas signboard. Tak jauh pun, nampak Suria Merang Resort. Cantik!!! Jom kita mencuba nasib. Alhamdulillah, walaupun parking hampir penuh, masih ada bilik kosong. Ada swimming pool.... girls bertiga tu menjeling je, suka bukan main!!! Sorry, tak ada masa untuk mandi manda.

Masuk bilik, mandi dan bersiap keluar makan malam. Penat dan lapar selepas menempuh jarak perlajanan sejauh 337km. Sekurang-kurangnya, kami dah kurangkan kelewatan kepada kurang daripada 100km sahaja.

No comments: