Sunday, June 06, 2010

Tour Semenanjung 5hb - 12hb Jun 2010

Selepas membuat sedikit penyelidikan, kajian dan perancangan terutamanya dari segi route yang akan dilalui, lokasi-lokasi menarik untuk disinggahi dan penginapan, kami katakan ON!!! Untuk projek ini.


Hari Pertama, Sabtu, 5hb Jun 2010

Start dari BTP lebih kurang jam 8am, terus proceed ke Kuala Selangor, Sg Besar dan Teluk Intan.

Destinasi pertama kami adalah Menara Condong Teluk Intan. Posing di hadapan Menara Condong Teluk Intan sebelum heading ke Lumut melalui Lekir dan Seri Manjung.




Singgah kat Petronas Sri Manjung, keluar je toilet perasan ada kemek kat pintu kanan belakang. Alamak!!! kereta aku kena gesel!!! Padahal sebelum masuk toilet aku confirm memang tak ada cacat cela. Hampeh tul!!!! Baru nak bercuti-cuti dah jiwa kacau. Kacau betul la.... Memandangkan masih ada 7 hari.... aku tahankan jugak jebat!!!





Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama cuti sekolah, so kedai makan masakan kampung kat simpang Teluk Batik - Gate Teluk Batik punya la penuh, terpaksa cari port lain. Masuk Bandar TLDM Lumut pun tak ada parking, so aku proceed ke Marina Wing, lega ada port.





Then terus ke Taiping ikut Pantai Remis. Singgah minum petang di Mee Udang mak Jah, Kuala Sepetang.







2nd time sampai di Taiping, masih macam dulu, gagal untuk dapatkan penginapan, masuk night safari, jogging kat Taman Tasik Taiping dan naik Bukit Larut. Terpaksalah aku drive further ke Utara. Nasib baik dapat bilik kat Parit Buntar Inn. Itu pun nyaris tak full house, ada karnival Gempak Astro pulak kat padang sebelah.