Monday, March 30, 2009

Dipercayai tergelincir

Petikan daripada Harian Metro online. Al-Fatihah untuk arwah.

KUALA LUMPUR: Tanda tanya kehilangan dua doktor pakar kanak-kanak Hospital Ampang Puteri sejak Rabu lalu, akhirnya terjawab apabila mayat mereka yang berulat ditemui di kawasan cerun di Bukit Taboh, Ampang, di sini, semalam.Mayat dua doktor pakar terbabit, Amin Tai Abdullah@ Tai Yun Ming, 57, dan Haliza Mohd Shafie, 53, ditemui masih berpakaian lengkap dengan beg yang dibawa mereka, dipercayai untuk mendaki kawasan bukit.Sebelum itu, keretan Nissan Latio hitam milik seorang daripada doktor pakar terbabit ditemui kira-kira jam 8 pagi berhampiran loji air Syabas Taman Rekreasi Ampang, di kaki bukit berkenaan.Polis yang menerima maklumat kemudian membuat pemeriksaan dalam kereta berkenaan dan mendapati beberapa pakaian yang ditemui dalam kenderaan itu dilipat dengan elok.

Penemuan kereta itu menjadi petunjuk bagi pasukan polis yang kemudian melancarkan operasi besar-besaran mencari dua doktor pakar itu di kawasan berkenaan dengan menggunakan helikopter.

Ketika operasi, polis menemui dua mayat terbabit di kawasan cerun, kira-kira 200 meter dari puncak bukit itu, sebelum memaklumkannya kepada pasukan Bomba dan Penyelamat yang berjaya mengeluarkan mayat jam 2.15 petang.Difahamkan, dua doktor pakar itu adalah sahabat baik serta saling mengenali keluarga masing-masing dan mereka juga dikatakan belajar bersama di sebuah universiti di luar negara.Namun, kehilangan mereka sejak Rabu lalu menjadi tanda tanya kepada ahli keluarga sebelum suami Haliza membuat laporan polis mengenainya.Kali terakhir dua doktor pakar berkenaan dilihat melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) keluar dari hospital dengan berpakaian lengkap jam 11.30 pagi.Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin, berkata mangsa kemungkinan tergelincir ketika mahu menyeberang puncak bukit terbabit.“Mereka kemungkinan tergelincir ketika melompat untuk menyeberang melalui laluan pelantar di kawasan bukit berkenaan.“Namun, kita masih menyiasat punca kematian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,” katanya.

Monday, March 23, 2009

XPDC Gunung Irau pada 11 April 2009

Salam,

Jom geng, kita pergi Gunung Irau pada 11 April ni, maklumat seperti berikut :-

Jumaat
1800 - Bertolak ke Cameron Highlands (pengangkutan sendiri)
2200 - Tiba di Cameron Highlands (penginapan sendiri – Organisor akan mencadangkan hotel/chalet untuk disewa, jika berminat)

Sabtu
0700 - Berkumpul di Check Point (4WD akan bawa trekker ke entrance Irau (mossy forest))
0800 - Semua trekker dijangka tiba di entrance Irau, sesi suai kenal, stretching
0900 - Pendakian bermula
1400 - Dijangka tiba di puncak Irau.
Makan tengahari – packed lunch/light meal/ready made
1500 - Balik
1900 - Dijangka tiba di mossy forest
(4WD akan tunggu bermula jam 1900, kalau turun awal kena tunggu, so, take your time dengan keindahan alam ciptaan Allah)
2000 - Tiba di Country Lodge
Bersurai

Ahad

Kepada yang tak berani/take turn/tak puas mendaki Irau, boleh ambik light path dari pekan Brinchang ke Puncak Brinchang

0700 - Berkumpul di Country Lodge
0730 - Trekking ke Puncak Brinchang
0930 - Tiba di Puncak Brinchanng.

Ada wakaf untuk berehat melepaskan penat dan viewing tower untuk melihat permandangan Tanah Tinggi Cameron Highlands.

Alternative programme

0700 - Breakfast ala-ala bbq style
0900 - Prepare untuk checkout
1000 - Light and easy, strawberry farm, tea break at Sg Palas Boh Plantation
1200 - Makan tengahari di Brinchang
1300 - Shopping sayuran dan buah-buahan di sepanjang jalan antara Brinchang dan Kg Raja
1400 - Balik…

Bayaran hanya RM52.00 seorang untuk trekking hari sabtu tu, pengangkutan pergi dan balik serta penginapan carik sendiri ye...

Amacam?! berminat, contact aku.